---
title: "Kalkulator Zakat Pendapatan 2026"
canonical: https://mynetworth.today/blog/zakat-calculator.html
language: ms-MY
published: 2026-01-24
modified: 2026-10-25
---

> Markdown copy of https://mynetworth.today/blog/zakat-calculator.html — the page has an interactive calculator, which works only on the web page.
> General guidance for Malaysia, not financial advice. Rules are as stated on the dates shown; check the dated notes (Nota / Pembetulan) and the official source before relying on a figure.

# Kalkulator Zakat Pendapatan 2026

Ditulis 24 Januari 2026 · dikemas kini 25 Oktober 2026

**Pembetulan 25 Oktober 2026:** Kalkulator dibetulkan: nisab kini ikut tempoh (Julai hingga Disember 2026: RM38,748), had al-kifayah ikut angka Lembaga Zakat Selangor mengikut umur tanggungan, dan potongan KWSP hanya untuk bawah 55 tahun. Angka lama (diri RM12,000, isteri RM5,000, anak RM2,000) bukan angka LZS.

Zakat Gaji • Nisab Emas Terkini

Zakat pendapatan (zakat gaji) wajib dibayar sebanyak **2.5%** dari pendapatan bersih sekiranya mencapai nisab emas.

🕌 Kalkulator Zakat

Pendapatan

Tolakan Had Kifayah LZS (setahun)

RM 14,580 / thn

Auto Umur 55+ 

Masukkan pendapatan

Zakat Wajib Dibayar

Nisab digunakan: — (berbeza ikut negeri) 

**📝 Nota Penting:**Kalkulator ini mengikut kaedah **Lembaga Zakat Selangor (LZS)** "dengan tolakan": had kifayah ketua keluarga RM14,580, dewasa tidak bekerja RM2,004, dewasa bekerja RM4,944, anak 6 tahun & bawah RM2,100, anak 7–17 tahun RM4,896, tanggungan di IPT RM7,356, serta caruman KWSP pekerja 11% bagi yang berumur bawah 55 tahun. Negeri lain menggunakan kadar dan kaedah berbeza (contohnya pemberian kepada ibu bapa tiada dalam kaedah LZS). Simpanan Tabung Haji tahun semasa juga boleh ditolak dalam kalkulator rasmi LZS. Sila rujuk kalkulator rasmi Lembaga Zakat negeri anda untuk pengiraan tepat. 

**⚠️ Tentang Nisab:**Nilai Nisab berubah-ubah mengikut harga emas semasa dan ketetapan negeri. Nilai rasmi LZS Selangor bagi Jan–Jun 2026 ialah **RM 42,047** (dikemaskini \~6 bulan), tetapi sesetengah negeri mungkin berbeza. 

## Rujukan Rasmi (Board Zakat)

- [🔗 Lembaga Zakat Selangor (LZS)](https://www.zakatselangor.com.my/)
- [🔗 Pusat Pungutan Zakat (MAIWP - KL/Putrajaya)](https://www.zakat.com.my/)
- [🔗 Majlis Agama Islam Johor (MAIJ)](https://www.maij.gov.my/)

## Soalan Lazim

**Bila perlu bayar zakat pendapatan?**  
Apabila pendapatan bersih tahunan mencapai atau melebihi nilai nisab emas.

**Boleh bayar zakat dengan cukai?**  
Tidak boleh. Zakat dan cukai adalah dua kewajipan berbeza. Tetapi zakat boleh ditolak dari cukai pendapatan.

**Kemana perlu bayar zakat?**  
Bayar kepada Pusat Zakat Negeri atau agensi yang diiktiraf.

[Kalkulator Lain →](https://mynetworth.today/) 

## Bacaan berkaitan

- [Zakat vs Cukai: Rebat, Bukan Pelepasan](https://mynetworth.today/blog/zakat-vs-cukai-rebat.html)
- [Takaful vs Insurans + MRTA/MLTA](https://mynetworth.today/blog/takaful-vs-insurans-mrta-mlta.html)
- [Wasiat, Hibah & Faraid: Asas](https://mynetworth.today/blog/wasiat-hibah-faraid-asas.html)
- [ASB vs ASM vs Tabung Haji vs FD](https://mynetworth.today/blog/asb-asm-th-fd-dividen.html)
