---
title: "Cukai Sewa Rumah: Panduan Tuan Rumah"
canonical: https://mynetworth.today/blog/kira-rental-income.html
language: ms-MY
published: 2026-01-30
modified: 2026-10-25
---

> Markdown copy of https://mynetworth.today/blog/kira-rental-income.html — the page has an interactive calculator, which works only on the web page.
> General guidance for Malaysia, not financial advice. Rules are as stated on the dates shown; check the dated notes (Nota / Pembetulan) and the official source before relying on a figure.

# Cukai Sewa Rumah: Panduan Tuan Rumah

Ditulis 30 Januari 2026 · dikemas kini 25 Oktober 2026

**Pembetulan 25 Oktober 2026:** Kalkulator dibetulkan: 0 bulan sewa kini dikira sebagai 0 (sebelum ini 12). Kos ganti perabot boleh ditolak (Ketetapan Umum LHDN 12/2018, perenggan 12); belian pertama tidak. Nama syarikat pembetungan ialah Indah Water Konsortium (IWK).

Rental Income Tax • Dikemaskini: Julai 2026

"Abang, saya baru dapat tenant untuk condo. Kena declare tak income ni?"   
  
Soalan dari Faiz, 32 tahun, baru beli rumah kedua untuk pelaburan. 

Jawapannya: **Ya, wajib.** Pendapatan sewa adalah pendapatan bercukai di bawah Seksyen 4(d) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Tapi jangan risau - LHDN bukan nak ambil semua duit sewa anda. Ada banyak perbelanjaan yang **boleh ditolak** untuk kurangkan jumlah cukai.

## Kisah Faiz: Dari Panik ke Faham

Faiz sewa condo dia RM 2,000 sebulan. Setahun = RM 24,000.

"RM 24,000?! Kalau kena cukai 10%, itu RM 2,400 gone! Loan interest pun belum cover!" 

Sabar, Faiz. Mari kita kira betul-betul...

Perbelanjaan Faiz setahun:

- Loan Interest (bukan principal!): RM 12,000
- Maintenance Fee: RM 3,600
- Cukai Taksiran: RM 800
- Cukai Tanah: RM 200
- Indah Water (IWK): RM 96
- Fire Insurance: RM 300

Jumlah perbelanjaan: **RM 16,996**

Pendapatan Sewa Bersih: RM 24,000 - RM 16,996 = **RM 7,004**

"Wait... RM 7,004 je kena cukai? Bukan RM 24,000?"   
  
Betul, Faiz. Itu magic perbelanjaan yang dibenarkan LHDN. 

## Kalkulator Pendapatan Sewa Bersih

🏠 Rental Income Calculator

Pendapatan Sewa

Perbelanjaan Boleh Ditolak

PENDAPATAN SEWA BERSIH (Bercukai)

Masukkan jumlah ini dalam e-Filing Seksyen 4(d)

**Perhatian!** Perbelanjaan berikut **TIDAK boleh ditolak:** 
- Fi ejen untuk tenant **pertama**
- Fi guaman untuk tenant **pertama**
- Principal loan (bayaran pokok pinjaman)
- Kos pengubahsuaian/renovation
- Perabot & peralatan yang dibeli **kali pertama**

**Tetapi:** bagi sewaan berperabot yang dianggap sumber bukan perniagaan, kos **menggantikan** perabot dan perkakas (contohnya perabot atau penghawa dingin) boleh ditolak daripada pendapatan sewa kasar (LHDN Ketetapan Umum No. 12/2018, perenggan 12).

## Senarai Lengkap: Boleh Tolak vs Tak Boleh

| Kategori        | Item                                             | Status |
| --------------- | ------------------------------------------------ | ------ |
| Pinjaman        | Interest/Faedah                                  | Boleh  |
| Pinjaman        | Principal/Pokok                                  | Tidak  |
| Cukai           | Cukai Taksiran                                   | Boleh  |
| Cukai           | Cukai Tanah (Quit Rent)                          | Boleh  |
| Fi              | Maintenance Fee                                  | Boleh  |
| Fi              | Sinking Fund                                     | Boleh  |
| Fi              | Indah Water (IWK)                                | Boleh  |
| Insurans        | Fire/House Insurance                             | Boleh  |
| Penyelenggaraan | Repair (paip, cat, dll)                          | Boleh  |
| Ejen            | Fi Ejen (Renewal)                                | Boleh  |
| Ejen            | Fi Ejen (Tenant 1st)                             | Tidak  |
| Guaman          | Legal Fee (Renewal)                              | Boleh  |
| Guaman          | Legal Fee (Tenant 1st)                           | Tidak  |
| Perabot         | Ganti perabot/perkakas (sewaan bukan perniagaan) | Boleh  |
| Perabot         | Beli perabot kali pertama                        | Tidak  |

## Tips Untuk Tuan Rumah

### 1\. Simpan Semua Resit

LHDN boleh audit sehingga 7 tahun ke belakang. Simpan resit maintenance, cukai tanah, repair - semua!

### 2\. Faham Interest vs Principal

Ini kesilapan paling common. Bila bayar loan RM 1,500 sebulan, mungkin hanya RM 1,000 tu interest. Check bank statement untuk breakdown.

**Tip:** Minta bank statement tahunan yang tunjukkan jumlah interest paid for the year. Senang untuk declare. 

### 3\. Tenant Pertama = Special Case

Fi ejen dan legal fee untuk cari tenant pertama dianggap "capital expenditure" - tak boleh claim. Tapi untuk renew atau cari tenant seterusnya, boleh claim.

### 4\. Vacancy Period

Kalau rumah kosong 3 bulan (tiada tenant), expenses untuk 3 bulan tu tetap boleh claim - selagi anda actively cari tenant.

## Rujukan Rasmi LHDN

**Dokumen Rujukan:** [Public Ruling No. 12/2018: Income from Letting of Real Property ](https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/PR%5F12%5F2018.pdf) [Portal MyTax (e-Filing) ](https://mytax.hasil.gov.my/) 

**Kesimpulan:** Jangan takut untuk declare rental income. Dengan perbelanjaan yang dibenarkan, pendapatan bercukai anda mungkin jauh lebih rendah dari yang disangka. Yang penting - simpan semua resit! 

[Cuba Kalkulator Kewangan Penuh →](https://mynetworth.today/) 

## Bacaan berkaitan

- [Gaji RM5K di KL: Budget 50/30/20](https://mynetworth.today/blog/gaji-rm5k-kl-survival.html)
- [Kereta Pertama: Flat Rate Trap](https://mynetworth.today/blog/kereta-pertama-flat-rate-trap.html)
- [PTPTN: Strategi Bayar Balik](https://mynetworth.today/blog/ptptn-strategi-bayar-balik.html)
- [Skim Rumah Pertama 2026](https://mynetworth.today/blog/skim-rumah-pertama-2026.html)
