Pinjaman peribadi adalah pinjaman tanpa cagaran (unsecured). Sebab tiada cagaran, bank mengenakan interest lebih tinggi berbanding pinjaman rumah atau kereta. Sebelum mohon, fahami Kos Sebenar (Effective Interest Rate) dan caj tersembunyi.
Jumlah Faedah: โ
Tempoh: 36 bulan
๐ฐ Flat Rate vs Effective Interest (Real Cost)
Bank selalu advertise "Flat Rate" (contoh 4.5%) sebab nampak rendah. Tapi kos sebenar adalah Effective Interest Rate (EIR).
Pinjaman RM50k, 5 tahun, Flat Rate 7.88%.
๐ Kadar Iklan: 7.88%
๐ Kos Sebenar (EIR): ~13.9%!!
Rule of Thumb: Kos sebenar pinjaman peribadi adalah kira-kira 1.8x - 2x ganda daripada Flat Rate yang diiklankan.
๐ธ Caj Tersembunyi (Hidden Costs)
Selain interest, standby duit untuk kos ni:
- Processing Fee: Biasanya 1-2% dari jumlah pinjaman (ditolak siap-siap).
- Duti Setem (Stamp Duty): 0.5% dari jumlah pinjaman (Wajib).
- Early Settlement Fee: Denda kalau nak bayar habis awal (Rebate mungkin kurang).
- Insurans (Takaful/MRTA): Perlindungan kalau berlaku kematian/cacat kekal.
๐ Syarat & Kelayakan (Wajib Tahu)
Kenapa bank reject loan? Selalunya sebab:
- DSR (Debt Service Ratio) Tinggi: Komitmen hutang bulanan > 60% pendapatan bersih.
- Credit Score Teruk: Ada rekod CCRIS (bayar lambat) atau CTOS (blacklist).
- Kerja Tak Stabil: Baru kerja < 6 bulan atau tiada caruman KWSP.
- Jangan bayar Upfront Fee (Processing/Legal fee) sebelum dapat duit. Bank akan tolak dari loan, bukan minta transfer.
- Elak iklan "Jaminan Lulus 100%" atau "Tiada Check CCRIS/CTOS" โ Selalunya Along atau Scammer.
- Semak BNM Consumer Alert List.
โ Bila Patut Ambil Personal Loan?
- Consolidate hutang kad kredit (Interest 18% -> 8%)
- Kecemasan Perubatan
- Modal pusingan bisnes (short term)
- Melabur (ASB/Saham) - Risiko rugi!
- Beli barang kehendak/lifestyle
- Jalan-jalan/Kahwin (tanpa bajet)