---
title: "Panduan EPF / KWSP Malaysia 2026"
canonical: https://mynetworth.today/blog/kira-epf.html
language: ms-MY
published: 2026-01-24
modified: 2026-10-25
---

> Markdown copy of https://mynetworth.today/blog/kira-epf.html — the page has an interactive calculator, which works only on the web page.
> General guidance for Malaysia, not financial advice. Rules are as stated on the dates shown; check the dated notes (Nota / Pembetulan) and the official source before relying on a figure.

# Panduan EPF / KWSP Malaysia 2026

Ditulis 24 Januari 2026 · dikemas kini 25 Oktober 2026

**Nota 25 Oktober 2026:** Selepas artikel ini ditulis, KWSP menyemak jadual Simpanan Asas: RM270,000 pada umur 60 bagi 2026, naik RM30,000 setahun hingga RM390,000 pada 2030 (sebelum ini diumumkan RM290,000, RM340,000 dan RM390,000 menjelang 2028).

**Pembetulan 25 Oktober 2026:** Akaun Persaraan (Akaun 1) tidak boleh dikeluarkan untuk persaraan sebelum umur 55, bukan 50; dan pada umur 50 hingga 54 anda boleh mengeluarkan sebahagian atau semua Akaun Sejahtera (Akaun 2), bukan had 10 hingga 20%. Kalkulator kini guna jadual caruman KWSP (gaji berjalur, dibundarkan ke ringgit) dan kadar 60 tahun ke atas.

Caruman, Akaun, & Unjuran Persaraan

EPF (Employees Provident Fund) atau KWSP adalah simpanan persaraan wajib untuk pekerja di Malaysia. Fahami cara ia berfungsi dan rancang masa depan anda dengan lebih baik.

🏛️ Kalkulator EPF

Maklumat Gaji

Projeksi Persaraan

Caruman Bulanan

Pekerja (11%)

Majikan (13%)

Unjuran Simpanan (Umur 60) 

Tahun Berbaki: 30 

**📊 Anggaran:** Dividen 5.5% setahun (andaian konservatif; purata 10 tahun sebenar \~5.9%), dikreditkan sekali setahun atas baki dan atas caruman mengikut bulan ia masuk. Caruman ikut jadual gaji KWSP (dibundarkan ke ringgit berikutnya): majikan 13% (gaji ≤ RM5,000) atau 12% (gaji > RM5,000); umur 60 ke atas, pekerja 0% dan majikan 4%. Pengiraan tidak termasuk pengeluaran atau perubahan gaji. 

## Sistem 3 Akaun EPF (2024)

Bermula 2024, KWSP memperkenalkan Akaun 3 untuk memberi lebih fleksibiliti kepada ahli:

#### 📌 Akaun 1 (Persaraan)

**75%** dari caruman  
Untuk persaraan sahaja  
Tidak boleh keluarkan sebelum 55 tahun

#### 🏠 Akaun 2 (Kesihatan/Rumah)

**15%** dari caruman  
Rumah, pendidikan, kesihatan  
Boleh keluarkan dengan syarat

#### ✨ Akaun 3 (Fleksibel)

**10%** dari caruman  
Pengeluaran fleksibel bila-bila masa  
Tertakluk kepada baki akaun  
BERMULA MEI 2024 

## Kadar Caruman Semasa (2025/2026)

Nota: Kadar di bawah adalah untuk pekerja warganegara berumur bawah 60 tahun. Pekerja 60+ mempunyai kadar caruman yang berbeza.

### Untuk Pekerja Swasta

- **Pekerja:** 11% dari gaji kasar
- **Majikan:** 13% (Gaji ≤ RM5,000) atau 12% (Gaji > RM5,000)
- **Jumlah:** 23-24% dari gaji anda masuk EPF setiap bulan

### Contoh Kiraan

Gaji RM5,000/bulan:

- Pekerja: RM550 (11%)
- Majikan: RM650 (13%)
- Total masuk EPF: RM1,200/bulan atau RM14,400/tahun

## Pengeluaran EPF: Apa Yang Boleh?

### Pengeluaran Akaun 2

- **Rumah:** Bayaran pendahuluan atau ansuran
- **Pendidikan:** Pengajian tinggi (diri/anak)
- **Kesihatan:** Rawatan kritikal
- **Umur 50–54:** Boleh keluarkan sebahagian atau semua simpanan Akaun 2 (Akaun Sejahtera)

### Pengeluaran Akaun 3 (Fleksibel)

- Boleh dikeluarkan bila-bila masa
- Tiada had maksima tahunan (tertakluk baki akaun)
- Minima pengeluaran RM50
- Tujuan bebas (kecemasan/peribadi)

**💡 Tip Bijak:** Jangan keluarkan EPF melainkan benar-benar perlu. RM100,000 hari ini boleh jadi RM300,000+ dalam 20 tahun dengan dividen kadar! 

## Berapa Perlu Ada Semasa Bersara?

Rangka kerja **Retirement Income Adequacy (RIA)** KWSP menetapkan **Basic Savings menjelang umur 60** — diperingkatkan:

- **2026:** RM290,000
- **2027:** RM340,000
- **2028:** RM390,000 (sasaran penuh)

**Ideal Savings (untuk hidup selesa):**

- **Umur 55:** RM500,000 - RM1,000,000
- **Formula**: Gaji bulanan × 12 bulan × 15-20 tahun persaraan

## Strategi Maksimumkan EPF

1. **Caruman Tambahan Sukarela (AVC)** \- Tambah sendiri ke EPF setiap bulan
2. **i-Saraan** \- Untuk yang bekerja sendiri atau berpendapatan tidak tetap
3. **Simpan Akaun 2** \- Jangan keluarkan kecuali perlu
4. **Elakkan Akaun 3** \- Biar dana berkembang untuk persaraan
5. **Semak Dividen** \- Pastikan employer betul-betul bayar

### Rujukan Rasmi (KWSP)

- [🔗 Kadar Caruman Wajib](https://www.kwsp.gov.my/en/member/savings/mandatory-contribution)
- [🔗 Penstrukturan Akaun (3 Akaun)](https://www.kwsp.gov.my/ahli/akaun-pengguna/penstrukturan-akaun)
- [🔗 Panduan Ahli KWSP](https://www.kwsp.gov.my/en/member/overview/contribution)

## Soalan Lazim

**Berapa dividen EPF setiap tahun?**  
Purata 10 tahun: \~5.9%. Terkini: 6.30% (2024), 6.15% (2025). Terbaik dekad ini: 6.90% (2017); terendah: 5.20% (2020).

**Boleh keluarkan EPF untuk modal perniagaan?**  
Tidak boleh dari Akaun Sejahtera. Tapi boleh dari Akaun Fleksibel (pengeluaran minimum RM50, tiada had tahunan) tanpa perlu sebab.

**Bila boleh mula keluarkan EPF?**  
Umur 50: Boleh keluarkan sebahagian. Umur 55: Boleh keluarkan semua.

**EPF kena cukai tak?**  
Tidak! EPF tidak dikenakan cukai pendapatan. Malah caruman EPF boleh **ditolak cukai**sehingga RM4,000.

**🎯 Matlamat:** Cuba simpan sekurang-kurangnya 20% gaji setiap bulan untuk persaraan (EPF + simpanan lain). Mulakan awal, biar compound interest bekerja untuk anda! 

[Kalkulator Cukai & Pelepasan →](https://mynetworth.today/blog/apa-boleh-claim-efiling-2026.html) 

## Bacaan berkaitan

- [Cara Keluarkan KWSP Akaun 2](https://mynetworth.today/blog/kwsp-akaun-sejahtera-pengeluaran.html)
- [EPF Cukup Ke? RM390k Explained](https://mynetworth.today/blog/epf-cukup-ke-rm390k.html)
- [PRS vs KWSP Sukarela: Mana Jimat Cukai](https://mynetworth.today/blog/prs-vs-kwsp-sukarela-cukai.html)
- [SSPN & Kos Anak](https://mynetworth.today/blog/sspn-kos-anak-simpanan.html)
